Sunday, 11 March 2012

Nota cinta terakhir !


1 bulan menyulam cinta, tapi bila akhirnya kecundang, apa yang aku rasa? Pedih? Lirih? Sesak dalam dada. Ya, sakitnya masih sama bagai dulu. Sakitnya masih juga begitu. Mungkin lebih sakit, kerana luka yang sekian lama kau cuba rawat, berdarah kembali..

kenapa? Kenapa agaknya perkara ini boleh terjadi lagi? Salah aku? Atau salah dia? Kenapa harus mencari tempat untuk menuding jari bila kesalahan ada pada kita berdua.

Mungkin aku patut terima, jodoh itu bukan milik aku. Jalan aku tak pernah sama. Takdir kita takkan pernah bersatu. Kerana aku bukan belahan jiwa kau, sama seperti kau juga bukan belahan jiwaku.

Namun, bagaimana harus dirawat luka ini? Bunuh diri? Itu kerja gila, kerja bodoh! Jangan kerana cinta manusia, kau lupa cinta Dia masih ada. Tika semua manusia berpaling, Dia masih ada. Ya, kembali kepada-Nya.

"Ya Allah, sungguh aku mohon keampunan dari-Mu, kerana aku terlanjur mencintai seorang manusia melebihi cinta kepada-Mu. Dan sekarang, dia berpaling dariku ya Allah. Pedihnya hati ini, akan aku ubati dengan cinta kepada-Mu, kerana aku tahu Kau Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani. Beri aku kekuatan ya Allah. Kerna aku tak bisa kuat tanpa-Mu. Ampunkan kesalahanku ini ya Allah. Amin."

Untuk awak
Terima kasih. Terima kasih saya ucapkan. Untuk segalanya. Biar perpisahan ini yang terakhir, kerana sungguh, saya letih untuk putus cinta berkali-kali. Awak minta saya lupakan awak, kan? Ya, saya akan buat itu. Jangan risau. Saya akan hilang dari hidup awak. Dan saya minta, juga muncul lagi dalam hidup saya. Saya doakan kebahagiaan awak dari kejauhan.

No comments:

Post a Comment